December 22, 2010

redha...

Sedikit info untuk dikongsikan bersama..rase ramai yang tak perasan pasal penyakit nie...nampak nyer saya akan bercuti 6 minggu la lepas nie...doakan segalanya dipermudahkan & berjalan lancar..

Endometriosis

Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan , kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

Rawatan pembedahan

Sekiranya ubatan tidak memberikan hasil yang memuaskan, doktor akan menyarankan pembedahan seperti endometrial ablation. Pembedahan cystectomy disarankan kepada mereka yang mengalami endometriotic cyst.

December 16, 2010

Arrrghhhhhhh............

Dah lama rase nyer hati nie mengeluh...menangis...kecewa...selama nie cuba bertahan selagi terdaya...tp kesabaran ku selama ini berbatas...dah tertanggung rase nyer kali ini...apa yang ku lakukan selama ini sia-sia...langsung tak dihargai...malah diherdik dimaki....cukup la setakat ini...tak termampu untuk ku menghadapi tekanan nie lagi....
Kau yang putuskan aku untuk angkat kaki...Puas la hatikan semuanya kau berjaya singkirkan...DAMN...aku pun selama nie bukan nak sangat berkerjasama dengan kau tapi semuanya terpaksa...sekarang aku nak tengok sejauh mana kau mampu mempertahankan kedudukan...yang pasti aku berjaya buka mata semua orang siapa kau sebenarnya...

December 9, 2010

Orang B.E.S.A.R

Orang besar punya cerita...

Nak rumah besar..
Nak kereta besar..
Nak pangkat besar..
Nak poket besar..
Nak pengaruh besar...
Sampai kepala pun dah naik 'BESAR'...
Cerita orang besar yang selalu mengejar yang besar-besar saja hingga tak sedar kaki yang kecil tidak berpijak di bumi lagi...

Adakah orang besar sedar yang orang kecil ini banyak membantu menangani masalah yang besar-besar? Hingga orang besar dapat nama yg besar, cakap pun terus besar...orang kecil terus berdiam tidak memperbesar-besarkan...

December 6, 2010

Bercuti & Salam Maal Hijrah

Salam maal hijrah utk semua umat Islam di dunia..semoga penghijrahan kali ini akan menjadi lebih baik...

Post kali nie pasal percutian ku di kampung halaman...memang seronok bila berada bersama orang-orang yg tersayang..seboleh-bolehnye setiap saat nak dimanfaatkan sepenuhnya...yang best kali nie aku bercuti panjang..tapi tak la panjang sangat cuma 4 hari je tu pun amik cuti sambung sempena awal muharam..balik kali nie agak sibuk untuk persiapan rumah baru mama...dah tinggal 30% je yang belum siap tinggal nak cat sikit bahagian luar tu....

**nie la rumah utk my beloved mama**

Insyaallah akan ada post baru bila rumah nie dah siap sepenuhnya nanti....

Tapi percutian kali nie pun ada cerita yg tak best nya...cerita yang tak best tu bila phone ku asyik la berbunyi...coz panggilan dari opis....naik sampai naik lemas tau...menyampah betul...

December 2, 2010

Bagusnya bahasa....

Kalau dah nama orang melayu tu...cuba-cuba la jaga budi bahasa...bak kata pepatah..budi BAHASA budaya kita...malu la sikit...awak tu perempuan...kalau bercakap lepas sangat pun tak elok...ye la mungkin awak nak tunjuk diri tu berani tapi bukan itu caranya...kita kan orang melayu...cuba masa nak bercakap tu berfikir sikit...jangan main sedap lepas je...fikir dulu apa yang awak nak cakap tu pada persepsi orang-orang sekeliling...jangan main serbu je tak kira tempat...sudahnya nanti malu sendiri...

nota kaki: kalau perangai buruk macam tu....camana la perangai org tu kat rumah yerk bercakap dgn mak bapak dia??