Kebiasannya kehidupan memang ada pasang & surut...baik dari segi kerjaya, keluarga, kewangan, fizikal, mental & apa saja...diuji & terus diuji...ada orang kata 'hanya insan yang terpilih sahaja yang akan diuji'...itu tak nafikan..tapi semua manusia memang akan diuji...cuma cara ujian saja yang membezakan...diuji dari kesabaran, kecekalan & ketaqwaan...
Bila ujian datang melanda...adakala memang stress...tapi cuba cari ruang berfikir yang tenang & yang penting tidak mengambil jalan pintas terhadap masalah tersebut...orang yang berani tidak pernah lari dari masalah atau melepaskan masalah tersebut pada orang lain...
Cara mengatasi masalah tersebut juga akan mematangkan diri...usaha tanpa kenal putus asa...sebagai umat Islam berserah & tawaqal yang selebihnya...indahnya kehidupan bila berjaya mengatasi segala ujian...bersyukur ke hadratNya yang selalu menjadi tempat ku mengadu...
dah nama pun UJIEan...hhehhehe...
ReplyDeletenama UJIE tu dah cantik...tp bila ada an tu yang lemah...hehehe
ReplyDelete