June 29, 2010
June 28, 2010
Yahooo...weekend..
Ahad pg kemas2 umah dulu, lps layan melodi br keluar...dah janji ngan my hubby nak belanja dia mkn jepanese...lps mkn p berchinta kat pavillion lak...hahahaha...cari hadiah cket utk my beloved mama coz next week bufday mama...yeyeyehhhh x sabar nak tggu jumaat nak balik kg...
Hadiah yg tak seberapa utk mama, hopefully mama suka..for my beloved hubby i belikan dia kasut keje...tp x sempat nak snap pic coz nti dia ckp i poyo...sume nak tulis dlm blog..huhuhu...biar la thats my blogggg....lps shoping ktaorg g tgk wayang lak...cite Toy Story 3 yg 3D tau...cite tu best la tp kalau ade anak-anak mesti lagi best..tp part ending cite tu sedey cket..my hubby gelakkan i coz tgk cite carton pon bole menangis...waaa teringat zaman kecik2 dulu...pada sapa-sapa yg ada anak kecik-kecik tu bole la bw p tgk movie nie..best woooo...=)
June 25, 2010
Saya & Jumaat..
8.30 : masuk office, sarapan sambil blog walking
9.30 : mula semak email, reply email
10.30 : sediakan adhoc report (tu pun kalau ada la)
11.30 : start chating & menyusun strategi hala tuju hari ini
12.15 : tunggu lif - ladies day out - lalalalala...
2.45 : sampai office & kepanatan
3.00 : check bil barang-barang yg dibeli td
4.00 : kemas-kemas meja
5.30: balik..yahooooo!!
nota kaki/: rugi nyer company kalau ramai staff macam saya...hihihi
June 24, 2010
Blupp..Blupp..Blurr....
June 22, 2010
Mood berangin....huhhhh
Kenapa perlu merujuk kepada saya??..bukan awak dah cukup pandai??awak hebat..awak tau semuanya..awak bukan org IT tp awak cekap 'bercakap' pasal IT..awak boleh selesaikan sorang..tak kan bermodalkan cakap & email-email awak je kot..tp kenapa tak selesaikan sendiri...owh penting juga IT nie kan..penting ke saya??hahaha...
Saya berhempas pulas untuk support sistem awak sebelum ini...olehkerana awak dah memfitnah & melukai hati saya..dengan jelas & nyata dalam email awak, yang saya tak memberi kerjasama kan??..so apa kata saya betul-betul tak bagi kerjasama..apa macam??boleh awak update status kepada managment..huhuhu...
Awak nak ugut saya pasal bonus??bukan awak yabg menentukan KPI saya pon...so ada saya heran??
June 18, 2010
Just a short note..
Fuhhhhhh....
Fikir-fikirkan la fara...semua nie untuk masa depan gak...setiap kejayaan perlukan pengorbanan...mana semangat aku menghilang nie???tolong......nak ke tak nak??nak ke tak nak???aku tak suka nak buat keputusan...tak berani memikirkan risiko...tp x kan selama nyer nak idup macam nie sedangkan aku boleh merubah semua tu....
'Ya Allah Ya Tuhan ku..berikanlah petunjukMu..permudahkan lah aku dalam mambuat keputusan..Amin...' tp seperti biasa kita hanya boleh merancang..ketentuan tetap dari NYA...apa terjadi pun aku berserah....
June 17, 2010
Surat exclusive khas untuk para isteri dan teman wanita menjelang Piala Dunia 2010
Surat exclusive khas untuk para isteri dan teman wanita menjelang Piala Dunia 2010
Ke hadapan,
Isteriku / Buah hatiku/ Teman wanitaku yang dikasihi,
1. Dari tarikh 11 Jun – 11 Julai 2010, sayang perlu membaca bahagian sukan dalam mana-mana akhbar supaya sayang akan sedar tentang hal ehwal yang berkaitan dengan Dunia Bola Sepak, dan supaya sayang boleh mencelah di dalam mana-mana perbualan. Jika sayang gagal lakukannya, sayang akan dipandang semacam jer dan tidak akan diendahkan langsung. JANGAN komplen jika sayang tak mendapat perhatian secukupnya.
2. Semasa berlangsungnya Piala Dunia, tv akan menjadi milik abang sepenuh masa, tanpa ada pengecualian. Jika sayang (walau sedikitpun) menjeling pada ‘remote control’, berjaga-jagalah kerana sayang akan menerima balasannya.
3. Jika sayang perlu berjalan di depan tv semasa perlawanan tengah berlangsung, abang tak kisah … selagi sayang merangkak di atas lantai tanpa mengeluarkan walau sedikit bunyi pun dan jangan mengganggu tumpuan abang.
4. Semasa perlawanan berlangsung, abang akan jadi buta, pekak dan bisu, kecuali jika abang mahukan air atau sesuatu untuk dimakan. Jangan harap abang akan mendengar kata-kata sayang, jawab telefon, menyidai baju atau mengambil baby kita yang sedang bergolek di atas lantai kerana… ia TAK AKAN berlaku.
5. Abang akan sangat2 berterima kasih jika sayang dapat menyimpan bermacam-macam makanan di dalam peti sejuk pada setiap masa supaya abang dapat kunyah semasa menonton perlawanan nanti. Sebagai balasannya, sayang akan dibenarkan menonton tv di antara jam 12 pagi hingga 6 pagi, melainkan jika perlawanan yang abang ter’lepas’ ditayangkan semula pada waktu tersebut
6. Tolong, tolong dan tolong! Jika sayang nampak abang sedih kerana pasukan favourite abang kalah, JANGAN sekali-kali mengatakan, “ia hanyalah perlawanan, janganlah emosional sangat abang nie,” ataupun, “jangan risau la bang, mereka akan menang lain kali”. Jika sayang menyebutnya jugak, abang akan menjadi bertambah berang dan cinta abang pada sayang akan pudar. Ingatlah bahawa sayang tak akan tahu pasal bola sepak nie lebih banyak dari abang, oleh itu kata-kata ‘galakan’ sayang itu hanya akan menyebabkan rumahtangga kita berantakan.
7. Sayang dialu-alukan untuk duduk bersama-sama dengan abang untuk menonton satu perlawanan bola dan sayang bolehlah bercakap dengan abang semasa ‘half-time’ TETAPI hanya bila iklan disiarkan, dan HANYA jika keputusan separuh masa itu menggembirakan hati abang. Sebagai tambahan, abang hanya kata SATU game saje, so jangan pulak sayang silap faham dan menganggap Piala Dunia nie satu alasan untuk kita ‘meluangkan masa bersama-sama”.
8. Siaran ulangan semasa menyumbat gol adalah SANGAT penting. Abang tak kisah jika abang dah tengok atau belum tengok lagi perlawanan tersebut, yang PENTINGnya abang nak tengok banyak –banyak kali.
9. Cakap kat kawan-kawan sayang supaya jangan melangsungkan apa-apa kenduri atau majlis yang memerlukan kehadiran abang kerana :
a) Abang tak akan pergi,
b) Abang tak akan pergi, dan
c) Abang tak akan pergi.
10. Tapi jika ada kawan abang mengajak kita ke rumahnya untuk menonton perlawanan bola, kita akan pergi secepat kilat!
11. Sorotan harian Piala Dunia yang ditayangkan di tv pada setiap malam adalah sama pentingnya dengan perlawanan yang dimainkan. Jangan sekali-kali terfikir untuk kata, “tapi abang kan dah tengok yang ini … apa kata abang tukar ‘channel’ supaya kita semua boleh tengok siaran lain?” kerana untuk jawapannya “sila refer item no.2 dalam list nie”
12. Dan akhir sekali, tolong jangan sebut ungkapan seperti “Nasib baik Piala Dunia nie hanya 4 tahun sekali”. Abang sudah imun dengan kata-kata itu kerana sebelum dan selepas Piala Dunia, akan muncul pulak Champions League, Premier Leagur, Italian League, Spanish League, KPL, FA Cup, Euro Cup, dll….hehe
P/S
Dan satu lagi, jika kereta ayang rosak di mana-mana jalan, tolong call Polis atau khidmat trak tunda yer.
Terima kasih atas kerjasama sayang.
So apa yg patut i buat...nak gelak ke nak marah????
June 13, 2010
Alhamdulillah...
Malam tadi susah betul aku nak melelapkan mata..fikirkan my hubby dah nak masuk 2 weeks demam..kejep demam, baru baik sehari demam lagi..risau dengan kesihatan dia yang tak menentu lately nie..ye la dengan cuaca & macam2 penyakit sekarang nie menambahkan kerisauan hatiku..dah 2 kali pergi klinik, makan ubat yang dokter bagi pun dah habis..tapi demam tak kebah2 lagi..macam2 perkara negetif bermain difikiran..segugus doa dipohon supaya 'teman' ku ini cepat sembuh..
So bila pagi je..gerak my hubby, pujuk dia untuk buat ujian darah..susah cket nak ajak dia nie ke hospital..macam2 alasan dia bagi..nasib baik wife dia nie pandai mengayat..hahaha..so kami pun wat la blood test di Ampang Puteri..dalam 45minit je dah dapat keputusan..Alhamdulillah semuanya selamat...menurut dokter, my hubby tak la berpenyakit serius..cuma demam biase je sebab pertukaran cuaca..dokter bagi antibiotik yang kuat cket...kalau masih demam lagi lepas 3 days kene datang lagi follow up dengan pakar..lepas nie aku kene la jadi nurse dia sementara waktu...to make sure dia makan ubat tu semua..
To papa & bb semoga cepat sembuh...luv u all so much.......
June 10, 2010
Hakikat hidup...
Hakikatnya benar janji ALLAH..doa insan yang teraniaya adalah makbul..
June 9, 2010
Mcm nie pun ada ka????
Merujuk kepada rancangan pengujian sistem yang akan dilakukan dan e-mail saya berhubung dengan penubuhan ****, saya rasa kakitangan Puan iaitu ******* masih tidak faham bahawa *** kini sudah mempunyai Unit Head dengan perlantikan di buat oleh pihak *** melalui HR. Sebagai pihak ** yang menjaga sistem ** sepatutnya pihak beliau telah maklum berhubung perkara ini.
Harap dapat Puan maklumkan kepada beliau bahawa semua komunikasi dari pihak ** kepada pihak *** yang melibatkan sistem atau urusan *** perlulah melalui pihak yang diberikan tanggungjawab berkenaan agar tugasan dan permasalahan yang timbul dapat diselaraskan dengan lancar dan saya pula tidak seharusnya sentiasa perlu dimaklumkan oleh kakitangan saya berhubung perkembangan permasalahan ** yang seringkali menimbulkan kekeliruan dan menganggu kelancaran agihan tugasan yang saya lakukan.Sekiranya perkara ini masih berterusan, saya tiada pilihan terpaksa memaklumkan kembali kepada pihak HR bahawa saya tidak mendapat kerjasama yang sewajarnya dari kakitangan Puan yang ditugaskan mengawalselia sistem yang digunapakai oleh pihak kami dan di cawangan.
Sekian.Harap mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya dari pihak Puan.
Fuhhh.....ada jg org mcm nie kan??besar sgt ke jawatan dia tu??xde lak HR keluarkan chart baru..ada ke patut dia yg x datang meting, lps tu hantar wakil..kenapa aku lak yg nak kene bg tau dia status???tanya la wakil dia tu..tak sudah2 nak cari pasal...bila aku reply tukar cite lain lak..mmg abang beca tol la..kaki putar...susah idup klu ade org mcm nie..
June 8, 2010
Dengan Nafas Mu...
Sebelum Kau memanggilku
kembali pada-Mu, menutup waktuku
Izinkan ku serukan nama-Mu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil, kembali pada-Mu
Karna ku tahu, hanyalah pada diri-Mu
Tempatku mengadu, tempatku mengeluh
Di dalam doaku
Dan demi nafas yang telah kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan segala perintah-Mu, menjauhi segala larangan-Mu
adalah sebaris doa ku untuk-Mu
June 7, 2010
Penghargaan..
X tau nak mula dr mana..susah nyer bila bercerita soal hati nie..nak2 pd org yg kurang rapat dgn kta..susah nyer utk mengambil hati..selama nie buat x tau je lbh rase selesa..tp bila try nak dekat rase jauh lak..penat nak kejar..susah sgt ke utk menghargai pemberian..sejak kecik lg mama dh ajar aku utk menghargai pemberian org..mesti ckp terima kasih..klu suka bole puji, tp klu x suka diam jer, jgn kutuk dpn2..nti kecik ati org tu..mungkin zaman dah berubah, so cara idup pun cket berubah..skrg nie susah nak dgr org menghargai..bukan nak harap sesuatu dr pembarian tu..mmg ikhlas cuma hargai la...dgn ucapan 'terima kasih...'
June 4, 2010
hampeh mcm hampas....
Smpi je dlm panggung..cite pon start..part mula2 tu aku dah tgk yg mcm dlm astro prima tu..tp part tu je la yg best..yg nmpk Akashah tu mmg mcm budak setan tp x la sesetan mana pon..lps tu trus hampeh, cite jd love story lak..aku pon dah bole agak jln cite tu klu dah jd love story..trus ilang mood...nasib la pelakon suma best..tp jln cite hampeh..x sama pon mcm dlm novel tu..klu Farid Kamil jd pengarah cite tu pon aku rase hasil lebih baik dr yg ado nie..lps tu nti ade lak part 2..alamat nyer aku tgk CD je la yg part 2 tu klu pengarah still sama..bkn x nak sokong filem tempatan..tp klu hampeh mcm nie baik aku tgk CD kat umah je yg lg murah & relex ..x yah nak membazir duit & masa beli tket..
**cite yg hampeh**
June 2, 2010
Kawan..kawan...
Tp aku bersyukur masih ada sorang 'teman' yang selalu disisi..yang sentiasa memberikan semangat ketika aku jatuh..yang setia melalui saat-saat getir & bahagia dalam kehidupan ku..yang sentiasa setia ketika sama-sama tersenyum & menangis..terima kasih kerana sudi menerima diri yang serba kekurangan ini..terima kasih kerana mangabdikan diri menemani kehidupan ku..i minta maaf jika selalu melukai hati u...i LOVE u sooo muchhhhhh Bb...