June 9, 2010

Mcm nie pun ada ka????

Salam XXX,

Merujuk kepada rancangan pengujian sistem yang akan dilakukan dan e-mail saya berhubung dengan penubuhan ****, saya rasa kakitangan Puan iaitu ******* masih tidak faham bahawa *** kini sudah mempunyai Unit Head dengan perlantikan di buat oleh pihak *** melalui HR. Sebagai pihak ** yang menjaga sistem ** sepatutnya pihak beliau telah maklum berhubung perkara ini.

Harap dapat Puan maklumkan kepada beliau bahawa semua komunikasi dari pihak ** kepada pihak *** yang melibatkan sistem atau urusan *** perlulah melalui pihak yang diberikan tanggungjawab berkenaan agar tugasan dan permasalahan yang timbul dapat diselaraskan dengan lancar dan saya pula tidak seharusnya sentiasa perlu dimaklumkan oleh kakitangan saya berhubung perkembangan permasalahan ** yang seringkali menimbulkan kekeliruan dan menganggu kelancaran agihan tugasan yang saya lakukan.Sekiranya perkara ini masih berterusan, saya tiada pilihan terpaksa memaklumkan kembali kepada pihak HR bahawa saya tidak mendapat kerjasama yang sewajarnya dari kakitangan Puan yang ditugaskan mengawalselia sistem yang digunapakai oleh pihak kami dan di cawangan.

Sekian.Harap mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya dari pihak Puan.

Fuhhh.....ada jg org mcm nie kan??besar sgt ke jawatan dia tu??xde lak HR keluarkan chart baru..ada ke patut dia yg x datang meting, lps tu hantar wakil..kenapa aku lak yg nak kene bg tau dia status???tanya la wakil dia tu..tak sudah2 nak cari pasal...bila aku reply tukar cite lain lak..mmg abang beca tol la..kaki putar...susah idup klu ade org mcm nie..

2 comments:

  1. manusia kan mmg byk ragam..so sabar jela dia..

    ReplyDelete
  2. sabar tu mmg la sabar dia..tp nie kes yg dh x bole nak sabar...susah nak explain pada org yg buta IT & mengejar pangkat mcm nie..cari la rezeki dgn ikhlas, bukan mengharapkan balasan...

    ReplyDelete