June 24, 2010

Blupp..Blupp..Blurr....

Di tempat kerja saya bosan tahap dewa..mood semakin down bila terpaksa menjawab email dia...dia telah merapu dalam meeting semalam kerana dia tak tahu status..berapa lama lagi saya boleh bertahan dengan dia??saya tak suka dia..saya tak suka dengar nama dia..saya benci dia..kenapa dia menghantui hidup saya??

June 22, 2010

Mood berangin....huhhhh

Sori cik blog kerana menjadi mangsa saya lagi..hehehe....

Kenapa perlu merujuk kepada saya??..bukan awak dah cukup pandai??awak hebat..awak tau semuanya..awak bukan org IT tp awak cekap 'bercakap' pasal IT..awak boleh selesaikan sorang..tak kan bermodalkan cakap & email-email awak je kot..tp kenapa tak selesaikan sendiri...owh penting juga IT nie kan..penting ke saya??hahaha...

Saya berhempas pulas untuk support sistem awak sebelum ini...olehkerana awak dah memfitnah & melukai hati saya..dengan jelas & nyata dalam email awak, yang saya tak memberi kerjasama kan??..so apa kata saya betul-betul tak bagi kerjasama..apa macam??boleh awak update status kepada managment..huhuhu...

Awak nak ugut saya pasal bonus??bukan awak yabg menentukan KPI saya pon...so ada saya heran??

June 18, 2010

Just a short note..

Congrats to my beloved Bb dgn kenaikan pangkat yang baru...i doakan semoga career u lebih success..i akan sentiasa berada disisi u sayang, memberi sokongan padu dalam menempuhi hari-hari mendatang..luv u so muchhhh...

Fuhhhhhh....

Idup nie mesti ada perancangankan...baru la nampak kemajuan...sekurang-kurangnya aku try buat sesuatu untuk memajukan diri...betul ke keputusan yang bakal ku ambil nie?? waaa takut lak...semua tu memerlukan komitmen & masa yang panjang...boleh ke??kalau boleh memang aku tak nak buat separuh jalan..tak nak membazir...

Fikir-fikirkan la fara...semua nie untuk masa depan gak...setiap kejayaan perlukan pengorbanan...mana semangat aku menghilang nie???tolong......nak ke tak nak??nak ke tak nak???aku tak suka nak buat keputusan...tak berani memikirkan risiko...tp x kan selama nyer nak idup macam nie sedangkan aku boleh merubah semua tu....

'Ya Allah Ya Tuhan ku..berikanlah petunjukMu..permudahkan lah aku dalam mambuat keputusan..Amin...' tp seperti biasa kita hanya boleh merancang..ketentuan tetap dari NYA...apa terjadi pun aku berserah....

June 17, 2010

Surat exclusive khas untuk para isteri dan teman wanita menjelang Piala Dunia 2010

Pagi-pagi masuk office i received email from my hubby..dia ckp 'warning latter' coz semalam i bising time teman dia tgk game Spain vs Switzerland..hahaha

Surat exclusive khas untuk para isteri dan teman wanita menjelang Piala Dunia 2010
Ke hadapan,
Isteriku / Buah hatiku/ Teman wanitaku yang dikasihi,

1. Dari tarikh 11 Jun – 11 Julai 2010, sayang perlu membaca bahagian sukan dalam mana-mana akhbar supaya sayang akan sedar tentang hal ehwal yang berkaitan dengan Dunia Bola Sepak, dan supaya sayang boleh mencelah di dalam mana-mana perbualan. Jika sayang gagal lakukannya, sayang akan dipandang semacam jer dan tidak akan diendahkan langsung. JANGAN komplen jika sayang tak mendapat perhatian secukupnya.

2. Semasa berlangsungnya Piala Dunia, tv akan menjadi milik abang sepenuh masa, tanpa ada pengecualian. Jika sayang (walau sedikitpun) menjeling pada ‘remote control’, berjaga-jagalah kerana sayang akan menerima balasannya.

3. Jika sayang perlu berjalan di depan tv semasa perlawanan tengah berlangsung, abang tak kisah … selagi sayang merangkak di atas lantai tanpa mengeluarkan walau sedikit bunyi pun dan jangan mengganggu tumpuan abang.

4. Semasa perlawanan berlangsung, abang akan jadi buta, pekak dan bisu, kecuali jika abang mahukan air atau sesuatu untuk dimakan. Jangan harap abang akan mendengar kata-kata sayang, jawab telefon, menyidai baju atau mengambil baby kita yang sedang bergolek di atas lantai kerana… ia TAK AKAN berlaku.

5. Abang akan sangat2 berterima kasih jika sayang dapat menyimpan bermacam-macam makanan di dalam peti sejuk pada setiap masa supaya abang dapat kunyah semasa menonton perlawanan nanti. Sebagai balasannya, sayang akan dibenarkan menonton tv di antara jam 12 pagi hingga 6 pagi, melainkan jika perlawanan yang abang ter’lepas’ ditayangkan semula pada waktu tersebut

6. Tolong, tolong dan tolong! Jika sayang nampak abang sedih kerana pasukan favourite abang kalah, JANGAN sekali-kali mengatakan, “ia hanyalah perlawanan, janganlah emosional sangat abang nie,” ataupun, “jangan risau la bang, mereka akan menang lain kali”. Jika sayang menyebutnya jugak, abang akan menjadi bertambah berang dan cinta abang pada sayang akan pudar. Ingatlah bahawa sayang tak akan tahu pasal bola sepak nie lebih banyak dari abang, oleh itu kata-kata ‘galakan’ sayang itu hanya akan menyebabkan rumahtangga kita berantakan.

7. Sayang dialu-alukan untuk duduk bersama-sama dengan abang untuk menonton satu perlawanan bola dan sayang bolehlah bercakap dengan abang semasa ‘half-time’ TETAPI hanya bila iklan disiarkan, dan HANYA jika keputusan separuh masa itu menggembirakan hati abang. Sebagai tambahan, abang hanya kata SATU game saje, so jangan pulak sayang silap faham dan menganggap Piala Dunia nie satu alasan untuk kita ‘meluangkan masa bersama-sama”.

8. Siaran ulangan semasa menyumbat gol adalah SANGAT penting. Abang tak kisah jika abang dah tengok atau belum tengok lagi perlawanan tersebut, yang PENTINGnya abang nak tengok banyak –banyak kali.

9. Cakap kat kawan-kawan sayang supaya jangan melangsungkan apa-apa kenduri atau majlis yang memerlukan kehadiran abang kerana :
a) Abang tak akan pergi,
b) Abang tak akan pergi, dan
c) Abang tak akan pergi.

10. Tapi jika ada kawan abang mengajak kita ke rumahnya untuk menonton perlawanan bola, kita akan pergi secepat kilat!

11. Sorotan harian Piala Dunia yang ditayangkan di tv pada setiap malam adalah sama pentingnya dengan perlawanan yang dimainkan. Jangan sekali-kali terfikir untuk kata, “tapi abang kan dah tengok yang ini … apa kata abang tukar ‘channel’ supaya kita semua boleh tengok siaran lain?” kerana untuk jawapannya “sila refer item no.2 dalam list nie”

12. Dan akhir sekali, tolong jangan sebut ungkapan seperti “Nasib baik Piala Dunia nie hanya 4 tahun sekali”. Abang sudah imun dengan kata-kata itu kerana sebelum dan selepas Piala Dunia, akan muncul pulak Champions League, Premier Leagur, Italian League, Spanish League, KPL, FA Cup, Euro Cup, dll….hehe

P/S
Dan satu lagi, jika kereta ayang rosak di mana-mana jalan, tolong call Polis atau khidmat trak tunda yer.
Terima kasih atas kerjasama sayang.

So apa yg patut i buat...nak gelak ke nak marah????

June 13, 2010

Alhamdulillah...

Minggu yang meletihkan apabila terpaksa ulang-alik ke hospital..my beloved FIL kene tahan di hospital selama 4 days..nasib baik la hospital area KL nie so mudah la bagi kami untuk melawat dia setiap hari..bila usia semakin lanjut macam-macam la penyakit..macam kata my hubby penyakit papa 'happy meal' semua complete, bila ada sakit jantung ada la semua..1st day dia kat hospital muka dia nampak pucat sangat..tapi Alhamdulillah sakit dia semakin beransur & dia pun dah nampak sihat..so last Friday dia dah dibenarkan keluar hospital..

Malam tadi susah betul aku nak melelapkan mata..fikirkan my hubby dah nak masuk 2 weeks demam..kejep demam, baru baik sehari demam lagi..risau dengan kesihatan dia yang tak menentu lately nie..ye la dengan cuaca & macam2 penyakit sekarang nie menambahkan kerisauan hatiku..dah 2 kali pergi klinik, makan ubat yang dokter bagi pun dah habis..tapi demam tak kebah2 lagi..macam2 perkara negetif bermain difikiran..segugus doa dipohon supaya 'teman' ku ini cepat sembuh..

So bila pagi je..gerak my hubby, pujuk dia untuk buat ujian darah..susah cket nak ajak dia nie ke hospital..macam2 alasan dia bagi..nasib baik wife dia nie pandai mengayat..hahaha..so kami pun wat la blood test di Ampang Puteri..dalam 45minit je dah dapat keputusan..Alhamdulillah semuanya selamat...menurut dokter, my hubby tak la berpenyakit serius..cuma demam biase je sebab pertukaran cuaca..dokter bagi antibiotik yang kuat cket...kalau masih demam lagi lepas 3 days kene datang lagi follow up dengan pakar..lepas nie aku kene la jadi nurse dia sementara waktu...to make sure dia makan ubat tu semua..

To papa & bb semoga cepat sembuh...luv u all so much.......

June 10, 2010

Hakikat hidup...

Isu semalam masih tidak reda lagi...masih berbalas email..ada saja alasan utk dia putar belit situasi apabila diserang banyak pihak..dia cuba menegakkan diri lagi walau hakikatnya hampir jatuh tersungkur..sudah-sudah la..belajar la dari kesilapan diri, jangan asyik mencari kesalahan orang lain untuk menegakkan diri yang memang telah jelas dan nyata bersalah..belajar la muhasabah diri dengan apa yang berlaku..kalau saya sorang yang tak suka mungkin saya silap atau saya dengki, tapi kalau dah semua orang tak suka mesti ada sebabkan..umur pun dah lanjut, bukan nak mengutuk sekadar peringatan sesama sendiri..berpegang lah pada hakikat hdup..jangan cuba lari dari masalah yang anda cipta...kebenaran semakin jelas dan nyata..

Hakikatnya benar janji ALLAH..doa insan yang teraniaya adalah makbul..

June 9, 2010

Mcm nie pun ada ka????

Salam XXX,

Merujuk kepada rancangan pengujian sistem yang akan dilakukan dan e-mail saya berhubung dengan penubuhan ****, saya rasa kakitangan Puan iaitu ******* masih tidak faham bahawa *** kini sudah mempunyai Unit Head dengan perlantikan di buat oleh pihak *** melalui HR. Sebagai pihak ** yang menjaga sistem ** sepatutnya pihak beliau telah maklum berhubung perkara ini.

Harap dapat Puan maklumkan kepada beliau bahawa semua komunikasi dari pihak ** kepada pihak *** yang melibatkan sistem atau urusan *** perlulah melalui pihak yang diberikan tanggungjawab berkenaan agar tugasan dan permasalahan yang timbul dapat diselaraskan dengan lancar dan saya pula tidak seharusnya sentiasa perlu dimaklumkan oleh kakitangan saya berhubung perkembangan permasalahan ** yang seringkali menimbulkan kekeliruan dan menganggu kelancaran agihan tugasan yang saya lakukan.Sekiranya perkara ini masih berterusan, saya tiada pilihan terpaksa memaklumkan kembali kepada pihak HR bahawa saya tidak mendapat kerjasama yang sewajarnya dari kakitangan Puan yang ditugaskan mengawalselia sistem yang digunapakai oleh pihak kami dan di cawangan.

Sekian.Harap mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya dari pihak Puan.

Fuhhh.....ada jg org mcm nie kan??besar sgt ke jawatan dia tu??xde lak HR keluarkan chart baru..ada ke patut dia yg x datang meting, lps tu hantar wakil..kenapa aku lak yg nak kene bg tau dia status???tanya la wakil dia tu..tak sudah2 nak cari pasal...bila aku reply tukar cite lain lak..mmg abang beca tol la..kaki putar...susah idup klu ade org mcm nie..

June 8, 2010

Dengan Nafas Mu...

Izinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
kembali pada-Mu, menutup waktuku

Izinkan ku serukan nama-Mu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil, kembali pada-Mu

Karna ku tahu, hanyalah pada diri-Mu
Tempatku mengadu, tempatku mengeluh
Di dalam doaku

Dan demi nafas yang telah kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan segala perintah-Mu, menjauhi segala larangan-Mu
adalah sebaris doa ku untuk-Mu

June 7, 2010

Penghargaan..

Bila time rajin & ada mood klu bole ari2 nak update blog nie..tp klu time xde mood walaupun idea melambak-lambak rase mls lak nak menulis..nak ckp cbuk x la sgt, tp weekend ku dipenuhi mcm2 aktiviti family & undangan majlis kwn2..tq kepada yg telah sudi menjemput kami..

X tau nak mula dr mana..susah nyer bila bercerita soal hati nie..nak2 pd org yg kurang rapat dgn kta..susah nyer utk mengambil hati..selama nie buat x tau je lbh rase selesa..tp bila try nak dekat rase jauh lak..penat nak kejar..susah sgt ke utk menghargai pemberian..sejak kecik lg mama dh ajar aku utk menghargai pemberian org..mesti ckp terima kasih..klu suka bole puji, tp klu x suka diam jer, jgn kutuk dpn2..nti kecik ati org tu..mungkin zaman dah berubah, so cara idup pun cket berubah..skrg nie susah nak dgr org menghargai..bukan nak harap sesuatu dr pembarian tu..mmg ikhlas cuma hargai la...dgn ucapan 'terima kasih...'